Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 113 buah motosikal yang disita pada Op Bersepadu Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Samagagah, Seberang Jaya di sini hari ini. Foto, TVS.

Polis sita 113 motosikal mat rempit, dipercayai terbabit lumba haram

BUKIT MERTAJAM, 10 Dis: Polis menyita sebanyak 113 buah motosikal mat rempit selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Samagagah, Seberang Jaya di sini awal pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam satu kenyataan berkata, Op Khas Bersepadu Samseng Jalanan tersebut dijalankan bermula pukul 12 tengah malam sehingga awal pagi.

Ujarnya, operasi yang disertai pasukan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT itu menyasarkan mat motor yang terbabit aktiviti jalanan tidak bermoral.

“Ia bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalanraya dan menganggu ketenteraman awam.

“Sebanyak 334 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam perkembangan lain, polis turut menyita lima buah motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan 40 saman pada Op Samseng Jalanan di kawasan pentadbiran IPD Barat Daya dekat sini semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan