Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut selepas ditimpa batang balak di kawasan matau balak di Kuala Betis, di sini semalam. Foto hiasan, Envato.

Pemandu jengkaut warga Indonesia maut ditimpa kayu balak

ByBernama

GUA MUSANG, 10 Dis: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut selepas ditimpa batang balak di kawasan matau balak di Kuala Betis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Dian Hermawan, 32, yang merupakan pemandu jengkaut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut semasa Dian Hermawan sedang berehat di dalamnya yang menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan