Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki menyampaikan hadiah pada Majlis Pra Krismas 2023 di Kampung Kudei Baru - Iban di Kuching, hari ini. Foto, TVS.

Pelan induk atasi masalah kepadatan penduduk di Satok

KUCHING, 10 Dis: Pelan Induk Pembangunan Kampung Kudei Baru akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk di Satok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, pelan berkenaan melibatkan pelaksanaan projek skim pembesaran kampung, jalan raya, sistem perparitan serta bekalan air secara berperingkat.

Menurutnya, beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum skim pembesaran kampung dilaksanakan.

“Ini termasuk perlu mendapat persetujuan dan komuniti secara konsensus.

“Projek pembesaran kampung bukan mudah terutama di bandar (namun perlu dilaksanakan kerana) penduduk semakin bertambah (manakala) kawasan tidak berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Krismas 2023 di Kampung Kudei Baru – Iban di sini hari ini.

Ibrahim berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk membesarkan kawasan kampung ialah dengan merobohkan kediaman sedia ada dan diganti dengan pangsapuri.

Namun kata beliau, idea berkenaan berkemungkinan tidak akan mendapat persetujuan sebulat suara.

https://youtu.be/ssnx5mk-rmM

“(Oleh itu antara langkah lain yang boleh dilakukan ialah) mencari kawasan alternatif untuk dibangunkan sebagai skim pembesaran kampung bagi menempatkan penduduk sedia ada,” katanya,

Sementara itu beliau memaklumkan, pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu penduduk yang terdesak memerlukan kediaman.

“Perbincangan boleh dilakukan bagi menempatkan mereka yang layak di kawasan penempatan baharu di SPK Segedup dan Sungai Maong yang telah diluluskan,” katanya.

Berkenaan majlis berkenaan, Ibrahim menyerahkan hadiah pra Krismas kepada 20 penerima terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan