Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini. Foto Bernama.

Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.

“Sasaran pengurangan kepada tiga peratus tahun hadapan adalah sesuatu yang baik dalam konteks ekonomi dan kadar itu dikira mencapai guna tenaga penuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Sivakumar berkata kementeriannya melakukan usaha berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dan siswazah dari segi penempatan pekerjaan dalam sektor profesional.

Beliau berkata KSM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi My FutureJobs akan merancang mekanisme terbaik untuk menyediakan peluang pekerjaan lebih baik buat golongan itu pada masa akan datang.

Kementerian katanya akan turut memberi tumpuan dalam penggubalan dasar berhubung pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing dan e-hailing sebagai garis panduan, sebelum mewujudkan akta khas bagi membela nasib kumpulan itu terutamanya dari segi pendapatan serta keselamatan sosial.

Beliau berkata ketiadaan undang-undang khusus atau akta tertentu bagi menjamin nasib lebih 1.1 juta penggiat gig ekonomi di Malaysia menyebabkan mereka tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika ditanya mengenai keluhan anak muda terhadap kesukaran mendapatkan rumah mampu milik di ibu kota, berkata perkara itu akan diteliti sesuai dengan komitmen pihaknya untuk memastikan setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat dan setakat ini hampir 260,000 unit rumah mampu milik telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan