KUCHING, 10 Dis: Di sebalik kejayaan menumbangkan lawan lebih senior pagi semalam, atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali ternyata masih belum ‘berpuas hati’ dengan prestasinya.
Atlet yang mesra disapa sebagai Jojo itu berkata, dia akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasinya.
ONE Championship: Jojo, Tabares buat perhitungan pagi esok di Bangkok
“Insya-Allah akan ada persembahan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
Jojo berkongsi perasaannya menerusi hantaran di Instagram semalam selepas menewaskan Edgar Tabares dari Mexico pada ONE Fight Night di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.
Lebih mengagumkan, atlet Sarawak berusia 17 tahun itu hanya memerlukan 36 saat untuk menewaskan lawan berusia 29 tahun yang juga Juara WBC Muay Thai International.
ONE Championship: Jojo, Tabares buat perhitungan pagi esok di Bangkok
Kejayaan semalam menyaksikan Jojo kini memiliki rekod lima tanpa kalah di ONE Championship malah empat daripadanya merupakan kemenangan knockout.
Sementara itu, Jojo turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya.
ONE Championship: Jojo, Tabares buat perhitungan pagi esok di Bangkok
“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sehingga hari ini. Kepada penyokong Malaysia yang datang, terima kasih, Malaysia Boleh,” katanya.
Sebelum ini, dia meraih perhatian peminat sukan Muay Thai antarabangsa selepas menumpaskan Temirlan Bekmurzaev dan meraih kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 pada usia 17 tahun. -TVS