Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filem Sumpahan Jerunei yang ditayangkan baru- baru ini menonjolkan adat kaum Melanau Pagan. Foto, TVS.

Filem bertema budaya seperti Sumpahan Jerunei perlu diperbanyakkan

KUCHING, 10 Dis: Filem bertemakan budaya pelbagai kaum di Sarawak dan Malaysia perlu diperbanyakkan, kata ahli akademik.

Pensyarah Kanan Program Sinematografi di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Riezal Dim berkata, ini kerana karya sedemikian unik dan boleh menjadi rujukan kepada generasi akan datang.

Kata beliau, filem Sumpahan Jerunei yang mengisahkan budaya dan adat kaum aristokrat Melanau Pagan sepatutnya membuka mata para penggiat industri seni kreatif tempatan untuk menghasilkan karya sedemikian.

“Penghasilan sesebuah filem merupakan salah satu saluran informasi kepada penonton berkenaan warisan dan gaya hidup masyarakat setempat.

“Menerusi filem Sumpahan Jerunai ini, ia telah diadaptasi kepada genre fiksyen dan dalam kategori ‘culture horror.’Bagi saya, filem ini telah diadaptasi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sesi tayangan dan apresiasi filem Sumpahan Jerunai di Auditorium Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Sarawak di sini hari ini.

Sesi turut dihadiri oleh penerbitnya, Datuk Nancie Foo dan Datin Wendy Wong serta pengarah filem berkenaan, Jason Chong.

Mengulas lanjut, Riezal berkata, jalan cerita filem berkenaan juga berbeza kerana berdasarkan persepsi orang luar iaitu sekumpulan penyelidik yang datang untuk membuat kajian.

“Konflik (dalam filem) berlaku berlandaskan kepada sejarah jerunai yang melibatkan golongan bangsawan Melanau Pagan,” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, proses untuk menerbitkan sesebuah karya yang menarik tidak semudah yang dilihat di layar perak.

Kata beliau, beberapa faktor perlu ditimbang termasuklah sudut penceritaan serta pemilihan pelakon.

“Selalunya saya akan duduk bersama pelakon pilihan dan kita akan melalui sesi melibatkan pembangunan watak.

“Kita baca skrip bersama, apa yang penting, pelakon tidak ragu untuk membawa watak itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan