Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian peserta yang menyertai DBKU Road Race 1.0 hari ini. Foto, TVS.

DBKU mahu tarik lebih ramai pelumba antarabangsa sertai Road Race 2.0

KUCHING, 10 Dis: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat untuk menarik penyertaan lebih ramai peserta luar pada Kejohanan Berbasikal Road Race 2.0 tahun depan.

Pengarahnya, Mohamed Khaidir Abang berkata, selain peserta Sarawak, pihaknya turut menyasarkan acara itu akan disertai oleh pelumba dari Semenanjung Malaysia dan negara luar.

Edisi pertama yang berlangsung hari ini katanya berjaya menghimpun 301 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Brunei, Indonesia dan United Kingdom.

Atlet Indonesia menang kali ketiga perlumbaan basikal di Kuching

“Kita juga berharap akan mendapat kerjasama baik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti kejohanan kali pertama yang berlangsung pada hari ini,” katanya semasa Majlis Penyampaian Hadiah DBKU Road Race 1.0 di sini.

Road Race 1.0 mempertandingkan lima kategori dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,950.

Peserta Indonesia, Rakhmadhani M.Djauhari muncul juara kategori terbuka lelaki manakala wakil Brunei, Alisa Law Hui Na mengungguli kategori wanita.

Sementara itu, Mohamed Khaidir turut menyeru agar warga Bandaraya Kuching merebut peluang menyertai kejohanan bagi memupuk nilai positif dalam diri mereka.

“Kejohanan ini juga boleh dijadikan sebagai platform mempamerkan semangat kesukanan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan