Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba Indonesia, Rakhmadhani M.Djauhari mengungguli kategori terbuka lelaki Kejohanan Berbasikal Road Race 1.0 anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini. Foto, TVS.

Atlet Indonesia menang kali ketiga perlumbaan basikal di Kuching

KUCHING, 10 Dis: Laluan di sekitar bandaraya ini boleh dianggap sebagai litar bertuah bagi pelumba basikal dari Indonesia, Rakhmadhani M.Djauhari.

Ini kerana pelumba dari Pontianak itu meraih kemenangan kali ketiga di Sarawak selepas mengungguli kategori terbuka lelaki Kejohanan Berbasikal Road Race 1.0 anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini.

Rakhmadhani turut membawa pulang gelaran Raja Bukit apabila menamatkan perlumbaan sejauh 120 kilometer (km) dengan catatan 2 jam 42 minit 37 saat.

Pelumba Indonesia, Rakhmadhani M.Djauhari bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah DBKU Road Race 1.0 di Kuching pada Ahad. Foto, TVS.

Katanya, dia tidak menghadapi masalah besar melibatkan laluan perlumbaan kerana sudah beberapa kali menyertai kejohanan di sini.

“Memandangkan sebelum ini sudah sering mengikuti kejohanan di sini, maka ia sangat membantu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Selaku juara, Rakhmadhani membawa pulang hadiah RM2,000, pingat dan jersi kemenangan yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman.

Tempat kedua dimenangi oleh Ridho Al Hafiz dan Aizat Osman yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta trofi.

Sementara itu, kategori terbuka wanita pula telah dimenangi oleh peserta Brunei, Alisa Law Hui Na dengan catatan masa 2 jam 27 minit 12 saat.

Alisa berkata, dia gembira memandangkan ini kali pertama muncul juara di Sarawak.

“Sebelum ini saya pernah muncul naib juara dalam perlumbaan lain di Kuching,” katanya.

Juara kategori wanita, Alisa Law. Foto, TVS.

DBKU Race Road 1.0 yang kali pertama diadakan berjaya menarik penyertaan seramai 301 pelumba tempatan dan luar negara termasuk dari United Kingdom, Brunei dan Indonesia.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu terbuka belia, terbuka wanita, terbuka lelaki, Master A lelaki dan Master B lelaki dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM15,950.

Pelumbaan bermula di Dewan Suarah Kuching dan berakhir di DBKU. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found