Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Len Talif menyampaikan sumbangan kepada penerima di Tanjong Manis hari ini.Foto, Facebook Len Talif.

144 pelajar di Kuala Rajang terima sumbangan Yayasan Sarawak

TANJUNG MANIS, 10 Dis: Seramai 144 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang menerima sumbangan baucar pakain seragam sekolah oleh Yayasan Sarawak.

Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh di Pejabat Daerah Tanjung Manis.

Penerima terdiri daripada 77 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai, 25 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abg Gesa, SK Abang Buyuk (11), SK Abang Galau (6), SK Tanjung Manis (6), SK Stalon (9) dan SK Bayang (10).

Sementara itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, senarai penerima dari keluarga B40 itu dikemukakan oleh sekolah masing-masing.

“Ia kemudiannya dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk diperakukan oleh Fokus Group Daerah Tanjung Manis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pemberian pakaian seragam percuma kepada pelajar yang layak merupakan salah satu usaha oleh Kerajaan Sarawak untuk meringankan beban kewangan ibu bapa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan