Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 30 pasangan yang diijab kabulkan pada Majlis Akad Nikah Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana Petra Jaya hari ini yang dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto: Bernama

Undang-undang anti keganasan rumah tangga sedia ada masih relevan – Nancy

KUCHING, 9 Dis: Undang-undang anti keganasan rumah tangga yang ada ketika ini masih relevan untuk melindungi mangsa dan mencegah peningkatan kes berkenaan di negara ini.

Bagaimanapun, keberkesanan perlaksanaan undang-undang tersebut bergantung kepada tahap kesedaran pasangan terlibat mengenai kepentingan untuk mengambil tindakkan terhadap perkara yang berlaku kepada mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cabaran yang dihadapi ketika ini adalah apabila terdapat pihak yang terlibat dalam kes tersebut tidak mahu berkerjasama atau meneruskan tindakkan selanjutnya walaupun terdapat laporan mengenai kes tersebut sebelumnya.

“Keadaan ini berlaku apabila kalau dia (mangsa) dia teruskan dengan tindakkan tersebut, ia akan beri kesan kepada diri mereka sendiri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri dan bergantung kepada suami atau pasangan mereka.

” Seperkara lagi adalah apabila memikirkan perihal anak-anak yang akan terjejas jika berlaku perceraian antara mereka selain rasa takut disebabkan yang berkuasa itu adalah pasangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana di sini hari ini.

Menurut Nancy, situasi mengakibatkan sebarang tindakkan atau perlaksanaan undang-undang menjadi sukar disebabkan ketiadaan saksi yang tampil kehadapan untuk membuktikan kejadian terbabit.

Beliau berkata, disebabkan keadaan itu, KPWKM secara agresif mengadakan pelbagai program advokasi untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan mengambil tindakkan tepat sekira berlaku kes keganasan rumah tangga.

Ia kerana undang-undang dan akta berkaitan kes-kes terbabit adalah menyeluruh dan dapat melindungi mereka yang menjadi mangsa kepada kes-kes tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan