Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Longgokan batu-bata dan tanah memasuki ruang dapur yang turut menyebabkan seorang lelaki warga emas cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Sebuluh Kilo 5, Pelajau di Kapit tengah malam tadi. Foto: BBP Kapit

Tanah runtuh: Warga emas cedera parah, enam penghuni diarah berpindah di Kapit

KAPIT, 9 Dis: Seramai enam sekeluarga di Taman Sebuluh Kilo 5, Pelajau, di sini diarahkan berpindah berikutan kejadian tanah runtuh hingga mengakibatkan seorang warga emas cedera parah tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kapit Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Timoty Barat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 12.53 tengah malam.

Menurutnya, lapan anggota dari BBP Kapit bersama sebuah jentera LFRT Atego dan sebuah kenderaan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan tanah mengenai bahagian belakang dapur yang menyebabkan keruntuhan dinding simen pemilik rumah tersebut.

“Hujan lebat berterusan sejak jam 9.00 malam tadi telah menyebabkan pergerakan tanah di kawasan belakang rumah tersebut yang terletak di kawasan tanah bukit,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, akibat tanah runtuh tersebut, seorang lelaki warga emas cedera parah di kepala dan patah di bahagian buku lali kiri dalam kejadian itu.

“Difahamkan seramai enam penghuni termasuk sepasang warga emas berusia 60-an, seorang suri rumah, 42, dan tiga orang anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun sedang menonton televisyen apabila mereka terdengar dentuman kuat dan bunyi kaca pecah di bahagian dapur kediaman mereka ketika itu” jelasnya.

Mngulas lanjut, Timoty memberitahu, kesemua ahli keluarga berkenaan berjaya menyelamatkan diri daripada runtuhan itu kecuali bapa mertua pengadu yang terpaksa digegaskan ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, kesemua penghuni rumah terpaksa menumpang di rumah saudara mereka di Jalan Airport setelah diarahkan berpindah oleh pihak bomba kerana dikhuatiri runtuhan akan berulang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan