KUCHING, 9 Dis: Pasangan pengantin Ali panel, 52, dan Suriyani Suib, 45, berasa teruja dan tidak menyangka dapat melansungkan perkahwinan mereka lebih awal daripada perancangan sebelum ini.
Menurut Suruyani, dia dan pasangannya merancang untuk melangsungkan pernikahan tersebut sekitar bulan Februari tahun hadapan sesuai dengan musim cuti persekolahan.
Bagaimanapun katanya, ketika mendaftarkan pemohan pernikahan di perjabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mereka terlihat terdapat program tersebut sebelum kedua mereka sepakat untuk turut serta dalam progam itu.
” Sebanarnya bukan dalam perancangan kami berdua untuk mengikuti program ini namun Allah sudah menentukan agar kami berdua bernikah lebih awal daripada perancangan yang asal.
” Walapun kami berdua ni sudah agak berusia berbanding pasangan lain namun ia bukan penghalang untuk kami menyertai program ini kerana saya berasa walaupun pasangan lain semuanya muda-muda namun mereka sudah matang dan syukur semuanya dipermudahkan,” katanya.
Suriyani dan pasangan merupakan antara 30 pasangan yang diakad nikahkan pada Program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana di sini yang turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Shukri.
Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh pejabat Agama Islam Bahagian Kuching, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Masjid Darul Hana menjadi salah usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan negara yang berada pada tahap terendah sejak lima dekat lalu.
Pada masa sama ia turut bertindak sebagai salah satu kaedah untuk membendung masalah sosial termasuk kehamilan luar nikah yang berlaku dikalangan remaja serta golongan muda di negeri ini. -TVS