Kolonel Mohamed Rosly Darasid dan tetamu kehormat lain bergambar bersama pengunjung yang memeriahkan karnival tersebut. Foto, TVS.

Karnival Jom Berambeh bersama ATM di SK Sejijak, dekati masyarakat

KUCHING, 9 Dis: Karnival Jom Berambeh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersempena ulang tahun ke-53 Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak merupakan platform untuk ATM mendekati masyarakat setempat.

Ketua Staf Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, Kolonel Mohamed Rosly Darasid melihat pengajuran karnival ini juga selari dengan saranan Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Penganjuran program melalui kerjasama strategik seperti ini amat digalakkan sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dalam usaha memastikan penglibatan ATM dengan masyarakat setempat sentiasa dijalankan.

“Setiap program yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya serta memahami tentang tugas-tugas yang dilakukan oleh angkatan tentera dalam mempertahankan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jom Berabeh SK Jejijak bersama ATM di Kuching pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata karnival ini memberi peluang dan pengalaman baharu kepada pengunjung mengenai ATM.

“Ini kerana meraka akan didedahkan dengan aset-aset serta senjata yang digunakan oleh tentera serta mengetahui cara anggota tentera memasak ketika operasi ketenteraan dijalankan.

“Yang paling menarik ialah bagaimana askar-askar kita ketika melakukan aktiviti “Survival” di dalam hutan dan cara hidup mereka ketika melakukan operasi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru golongan belia dan pegawai kerajaan untuk menyertai askar wataniah iaitu sebagai pasukan simpanan tentera di samping menghargai jasa-jasa prajurit yang berjuang sebelum kemerdekaan.

Untuk rekod, karnival yang bertemakan ‘Tentera di Hati Rakyat’ itu dianggarkan dihadiri oleh 2,000 pengunjung yang berlangsung pada 9 dan 10 Disember 2023 di SK Sejijak.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang karnival berlangsung seperti pameran aset ketenteraan dan demontrasi masakan tentera, pertandingan busana dan masakan, sumbangan kasih dan khemah jualan.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Winston Dominic Rita dan Guru Besar SK Sejijak, Kartini Mahli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan