Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah pada sesi bergambar pada Majlis Jalinan Mesra TM bersama IPD Kuching pada hari ini. Foto, TVS.

Penipuan ‘Phone Scam’ meningkat di Kuching, kerugian cecah RM29 juta

KUCHING, 8 Dis: Kes penipuan yang membabitkan sindiket ‘Phone Scam’ dilaporkan semakin meningkat di Daerah Kuching hingga menyebabkan kerugian mencecah RM29 juta pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah menjelaskan ia membabitkan sebanyak 556 kertas siasatan yang membuktikan betapa kroniknya kes penipuan ini.

“Trend yang terbaharu menunjukkan peningkatan penipuan yang paling membimbangkan di daerah Kuching berkaitan dengan ‘phone scam’.

“Bagi tahun ini (2023), 556 kertas siasatan terbuka melibatkan jumlah kerugian semua mangsa yang terlibat ini, RM29 juta untuk 556 individu.

“Manakala, untuk tahun lepas (2022) melibatkan 365 kertas siasatan ataupun laporan dibuat dengan anggaran kerugian RM12 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Telekom Malaysia Berhad TM bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata pihaknya telah menyelesaikan sebanyak 134 kes yang melibatkan penipuan melalui panggilan telefon, mesej untuk pelaburan dan sebagainya.

“Pihak polis telah menyelesaikan 134 kes sehingga tahun ini dan cabaran utama kita ialah berperang dengan teknologi kerana modus operandi mereka ini sangat ringkas.

“Mereka akan menggunakan panggilan telefon, sms masuk di telefon peribadi kita dan menawarkan perkhidmatan barang pelbagai kategori dan jenis barang, menawarkan pinjaman, pelbagai bentuk pinjaman serta menawarkan perkhidmatan yang lain,” katanya lagi.

Ahsmon dalam pada itu menasihatkan masyarakat agar menyemak terlebih dahulu di dalam sistem yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau di bawah kementerian dan mana-mana agensi berkaitan ‘alert scam’ untuk mengesahkan maklumat sebelum terlibat dalam urus niaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan