Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika diwawancara hos Dialog TVS, Iqbal Yusuf dan Najib Imran. Foto: TVS

‘We must always be united and never walk alone’

KUCHING, 7 Dis: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki mempunyai ungkapan menarik berkaitan dua kelab bola sepak ternama dunia bagi membakar semangat anggota perkhidmatan awam dalam menunaikan tanggungjawab.

Mengakui dirinya seorang penyokong setia Manchester United, beliau sering mengatakan kepada penjawat awam “You’ll never walk alone” (Liverpool) dan mereka mesti “United” (Machester United) dalam menggalas amanah dan tanggungjawab.

Beliau turut menitipkan janji anggota perkhidmatan awam kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kepimpinan Sarawak bahawa perkhidmatan awam akan sama-sama mendukung wawasan kerajaan dengan bergerak sepantas Premier.

“Kita mesti sentiasa bersatu padu, saya sentiasa tekankan kepada anggota perkhidmatan awam kita, supaya apa jua perbezaan, apa jua kelemahan, apa jua cabaran kalau kita sentiasa bergerak sebagai satu pasukan, apa jua amanah dan tanggungjawab, apa juga kelemahan akan dapat kita selesaikan bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi program Dialog TVS bertemakan “Perkhidmatan Awam: Nadi Pembangunan Sarawak” yang dihoskan Iqbal Yusuf dan Najib Imran serta disiarkan malam ini.

Menurut Abu Bakar, peranan dan tanggungjawab penjawat awam amat penting dalam menjayakan wawasan Premier yang ingin menjadikan Sarawak sebagai negeri maju pada 2030.

Tanpa mengira jawatan, jabatan, lokasi bekerja, agama dan bangsa anggota perkhidmatan awam mesti bekerja sebagai satu pasukan.

“Saya guna pendekatan 3R iaitu ‘Revisit, Rethink dan Recharge’. Kita sebagai penjawat awam tidak boleh berada di takuk lama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan