Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mencatatkan tahun yang cemerlang bagi industri acara perniagaan apabila berjaya meraih 95 acara kebangsaan dan antarabangsa pada 2023, dengan impak ekonomi dianggarkan sebanyak RM346.5 juta, iaitu 139 peratus melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Business Events Sarawak (BE Sarawak). Foto, Bernama.

Syarikat penerbangan Sarawak, capai sasaran 4 juta pelancong tahun depan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 7 Dis: Sasaran kemasukan empat juta pelancong ke Sarawak akan dicapai dengan pengoperasian syarikat penerbangan MASWings oleh Kerajaan Sarawak yang bakal bermula tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis industri penerbangan itu kelak akan menggandakan kemasukan pelawat ke negeri ini.

“Kalau mereka yang menjaga syarikat penerbangan, tidak kira syarikat penerbangan apa sama ada MASWings atau MAS ataupun yang lain-lain, sekiranya ada laluan perjalanan yang baharu, destinasi yang baharu yang mengaitkan Sarawak yang hujungnya ataupun permulaannya datang daripada Sarawak, kita mengalu-alukan.

“Kita banyak bergantung dengan penerbangan. Kalau banyak destinasi, kalau banyak penerbangan yang datang ke sini ataupun jumlah penerbangan ditambah, saya sangat yakin bahawa jumlah pengunjung dan pelawat yang memasuki Sarawak akan meningkat pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Buku Dasar Integriti sempena Hari Integriti Sarawak Tourism Board (STB) 2023 di sini hari ini.

Jelas Abdul Karim, industri penerbangan memerlukan kerjasama yang besar antara pemain industri dan syarikat penerbangan di luar sana termasuk syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan.

Abdul Karim pada masa sama menyatakan harapannya agar syarikat penerbangan yang diambil alih oleh Kerajaan Sarawak itu nanti akan merancang destinasi-destinasi baharu.

“Saya yakin pihak-pihak berkaitan masih melakukan rundingan. Ini merupakan satu industri besar. Kita perlu berwaspada.

“Kita serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengendalikan perkara itu, MAVCOM, Kementerian Pengangkutan di peringkat negeri. Apabila perkara itu sudah dimuktamadkan, saya pasti kita akan diberi taklimat dan di situlah pemain industri di bawah kementerian saya, STB dan juga badan-badan yang mengawal selia ‘travel and tour’ ini akan dibawa bersama supaya mereka akan lebih mengetahui laluan penerbangan baharu dan sebagainya.

“Justeru, pemasaran dan promosi boleh bermula dari situ,” jelasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan