Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi dan Mohd Shafizan Kipli menghadiri Program Gotong Royong Mengecat Klinik Kesihatan Sebangan, Sebuyau pada Rabu. Foto: Julaihi Narawi (Facebook)

Peruntukan RTP RM900,000 untuk naik taraf Klinik Kesihatan Sebangan

ByHafeezzur Muzamir

SEBUYAU, 7 Dis: Klinik Kesihatan Sebagan yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau akan dinaik taraf pada tahun hadapan menggunakan dana Program Transfromasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM600,000 yang diluluskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut Julaihi, DUN Sebuyau juga turut akan menerima peruntukan RTP tambahan pada tahun depan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar Mohd Shafizan Kipli.

“Saya meluluskan peruntukan RTP sebanyak RM600,000 untuk tahun 2024 bagi melaksanakan penambahan ruang baharu yang diperlukan oleh Klinik Kesihatan Sebangan.

“Ahli Parlimen turut bersetuju memperuntuk RTP sebanyak RM300,000 pada 2024. Saya berharap peruntukan ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk tempatan selain pegawai perubatan dan kakitangan klinik yang bertugas di klinik ini apabila ruang tambahan yang diperlukan siap kelak,” katanya.

Julaihi yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong Royong Mengecat Klinik Kesihatan Sebangan di sini pada Rabu.

Menurutnya, klinik itu yang merekodkan kehadiran 2,100 pesakit pada setiap bulan, perlu dinaik taraf kerana keadaan bangunan yang semakin uzur.

“Bangunan klinik ini sememangnya perlu dijaga, dicat semula supaya nampak bersih dan ceria walaupun ia sudah uzur,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan