Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek selepas dijatuhkan hukuman dibawa ke luar dari Mahkamah Majistret Limbang, diiringi pegawai polis hari ini. Foto, Polis Limbang.

Dua kes pecah rumah di Limbang selesai, suspek dipenjara 10 bulan

LIMBANG, 7 Dis: Seorang lelaki meringkuk dalam penjara antara enam hingga sepuluh bulan serta didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan kes pecah rumah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitenden Parum Niot berkata, suspek 20-an ditahan bersabit kes pecah rumah yang berlaku di Taman Indah Cempaka, Rangau di sini, pada 17 dan 27 November lepas.

Menurutnya susulan penahanan suspek pada Sabtu lalu, pihaknya berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini.

“Polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah dengan tertangkapnya suspek berkenaan dan barangan curi berupa barang kemas, wang tunai dan barang berharga lain berjaya dirampas.

“Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang hari ini dan telah dijatuhkan hukuman yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 411 dan Sekyen 414 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku di daerah Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan