Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan (tengah) selepas majlis sidang media ASIACRAFT 2024 di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini. Foto, Alex Teo.

ASIACRAFT dijadualkan semula pada Disember 2024 – Snowdan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Dis: Ekspo dan persidangan ASIACRAFT Sarawak yang dijadualkan pada September lalu bakal diadakan pada 6 hingga 8 Disember 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata penganjuran ASIACRAFT 2024 itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong industri kraf untuk mengembangkan pasarannya di peringkat antarabangsa dan mempromosikan transformasi digitalnya.

Penganjuran ASIACRAFT dijadualkan semula pada Disember 2024.

Snowdan berkata ASIACRAFT 2024 itu juga mampu meningkatkan kedudukan Sarawak sebagai hab serantau yang penting untuk industri kraf.

“Dengan mempamerkan warisan yang kaya dan produk yang pelbagai ke pasaran antarabangsa, kami yakin ASIACRAFT 2024 akan menyediakan platform untuk pengiktirafan global dan pengembangan pasara.

“Kami juga yakin bahawa pameran berskala ini akan meningkatkan reputasi Sarawak sebagai pusat serantau untuk inovasi seni dan budaya.” katanya pada sidang media ASIACRAFT 2024 di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Dalam pada itu Snowdan berkata, ekspo ASIACRAFT 2024 ini dijangka akan disertai lebih 200 syarikat pameran dari Malaysia, China, India, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Seterusnya, Snowdan turut percaya ia akan menyerlahkan kekayaan warisan kraf tradisional, seni, peralatan rumah dan sektor kreatif, termasuk filem, muzik, tarian dan digital serta visual seni Sarawak ke pasaran antarabangsa.

Snowdan turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Business Events Sarawak kerana bekerjasama dengan AMB EXPO GROUP untuk menyokong pembangunan industri kraf dan meningkatkan kedudukan Sarawak sebagai hab pameran utama di rantau ini.

ASIACRAFT 2024 dibuka untuk pelawat perniagaan dan perdagangan secara eksklusif pada hari Jumaat 6 Disember dan akan dibuka kepada orang ramai pada 7 dan 8 Disember untuk mereka yang ingin membuat pembelian atau mengunjungi serta menghargai karya seni kreatif.

“Saya juga berbesar hati untuk menyatakan bahawa kemasukan ke Ekspo ini adalah percuma,” ujar Snowdan lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan