Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita Kemboja, anak dakwa melayu malas dituduh di mahkamah esok. Foto hiasan Envato.

Wanita Kemboja, anak dakwa melayu malas dituduh di mahkamah esok

ByBernama

MELAKA, 6 Dis: Seorang wanita asal Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini tular di media sosial berikutan dakwaan ‘Melayu malas’, akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam satu kenyataan berkata pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Anak lelakinya yang berusia 22 tahun pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk ke pejabat Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (UJAKA), Pejabat Peguam Negara pada semalam (5 Dis),” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan