Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menghadiri Majlis Pelancaran Projek Sajian Sejahtera Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) di Your Choice Cafe, Kuching hari ini. Foto: TVS

Projek Sejahtera Yayasan Al Bait beri bantuan makanan percuma kepada golongan asnaf

KUCHING, 6 Dis: Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Koperasi Al Bait Sarawak Berhad (KOOPBAIT) dan Your Choice Cafe telah melancarkan Projek Sajian Sejahtera Yayasan Kepimpinan Al Bait yang merupakan salah satu inisiatif memberikan makanan percuma khususnya kepada golongan asnaf.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, sumbangan yang disampaikan berupa kupon makanan itu boleh digunakan di mana-mana cawangan Your Choice Cafe.

“Ini adalah kutipan yang diberi oleh mereka yang hendak menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Jadi, kita melalui Your Choice Cafe telah menyediakan beberapa combo makanan bagi sumbangan yang telah diperuntukkan. Sumbangan itu, kami agihkan dalam bentuk kupon dan boleh ditebus di semua cawangan Your Choice Cafe untuk membeli makanan.

“Oleh itu, golongan yang memerlukan itu juga mampu menikmati makanan di kedai seperti orang lain juga,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Projek Sajian Sejahtera Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) di Your Choice Cafe di sini, hari ini.

Di samping itu, jelasnya untuk pelancaran program itu mereka mensasarkan sebanyak 70 asnaf.

“Pada masa akan datang kita akan mengemaskini dan meningkatkan jumlah penerima lagi agar lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dapat merasai makanan percuma,” ujarnya lagi.

Pihak Tabung Baitulmal juga turut mengagihkan Bantuan Kasih Sayang (BKK) kepada 30 asnaf yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar TBS, Bolhassan Iskandar Taibi, Pengurus Yayasan Kepimpinan Al Bait, Abdul Hafiz Zainalabidin dan Pengurus Besar Bela Sempurna Sdn Bhd, Nazri Madon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan