Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang memantau keadaan sekolah dan jalan menuju SK Ulu Lubai hari ini. Foto: APM Limbang

Paras air surut, dua buah sekolah di Limbang teruskan pembelajaran seperti biasa

LIMBANG, 6 Dis: Dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Merit dan SK Ulu Lubai meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa selepas paras air mulai surut dan keadaan banjir pulih hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, berdasarkan maklumat penduduk kampung paras air mulai surut sepenuhnya lewat petang semalam membolehkan kira-kira 32 warga sekolah SK Nanga Merit, beroperasi seperti biasa hari ini.

“Manakala paras air surut sepenuhnya di kawasan SK Ulu Lubai lewat petang semalam dan 12 orang warga sekolah itu masih meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya hari ini.

Jelas Mirwan lagi, kawasan jalan masuk di kedua-dua sekolah berkenaan daripada simpang Jalan Medamit surut sepenuhnya dan tiada jalan terputus.

“Keadaan kawasan yang dipantau dalam keadaan selamat dan terkawal,” ujarnya lagi.

Terdahulu kata Mirwan, sepasukan Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang diketuai oleh Koperal (PA) Norlia Rafae membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air pada jam 10.45 pagi dan tiba di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang pada jam 2.04 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan