Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semakan peraturan subsidiari. Foto hiasan Envato

Malaysia di landasan tepat untuk terus maju – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Malaysia berada di landasan tepat untuk terus maju berdasarkan kejayaan mencapai kestabilan politik dan keamanan yang dikecapi dalam tempoh setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan mempunyai pasukan yang mengutamakan kestabilan politik dengan berusaha memperkenalkan setiap dasar yang jelas untuk meningkatkan keselesaan rakyat dalam pelbagai aspek antaranya kualiti pendidikan, kesihatan dan bantuan terus kepada rakyat secara adil.

“Sekarang tumpulah untuk membangunkan negara dan elakkan daripada unsur-unsur negatif kerana saya yakin kalau ini dapat kita lakukan dalam satu tahun, kita akan dapat tingkatkan Malaysia, lebih harum dan hebat di rantau ini.

Ini (pandangan) pemerhati politik, ekonomi dan pelabur yang semuanya melihat begitu,” kata Anwar pada program Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Tiwikrama Perdana Menteri terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting adalah keselesaan rakyat dan kerajaan komited membantu rakyat yang terkesan berikutan kenaikan harga barang dengan melaksanakan pelbagai langkah antaranya pelaksanaan subsidi bersasar dan meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan