Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas terlibat pergaduhan antara lima lelaki di bawah Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai awal pagi tadi. Foto, TVS.

Bergaduh sambil bawa pistol, lima lelaki dicekup polis

GEORGE TOWN, 6 Dis: Polis memberkas lima lelaki termasuk seorang yang cedera serta merampas sepucuk pistol dan senjata tajam selepas terbabit dalam pergaduhan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki warga tempatan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Pasukan dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menahan seorang lelaki yang berlumuran darah kerana cedera di kepala sambil memegang sepucuk pistol.

“Dua anggota polis yang menunggang motosikal kemudian mengejar kereta dinaiki sekumpulan lelaki, namun kedua-dua motosikal itu berlanggar.

“Empat lagi suspek kemudian berjaya ditahan, manakala seorang yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Saravanan, pihaknya merampas sepucuk pistol dan sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan.

“Punca pergaduhan disyaki akibat perselisihan faham. Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan