Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh berucap di Majlis Perasmian Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11 di Kuching hari ini. Foto: TVS

Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak lambang komitmen lestarikan alam sekitar

KUCHING, 6 Dis: Pengiktirafan Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11 melambangkan komitmen serta tanggungjawab individu untuk melestarikan alam sekitar.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, penganugerahan kepada sektor perniagaan dan industri akan menjadi inspirasi kepada orang awam untuk bersama-sama melestarikan alam sekitar.

Jelasnya, anugerah yang dimenangi bukan sekadar trofi namun ia mempamerkan dedikasi dan tanggunjawab dalam membantu usaha Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi hijau.

“Sektor perniagaan dan industri adalah pemacu pertumbuhan negeri kita dan anugerah ini merupakan peluang unik untuk pengiktirafan awam terhadap kepimpinan alam sekitar anda.

“Anugerah ini bukan sekadar trofi, ia melambangkan komitmen anda terhadap alam sekitar sekali gus menjadi model peranan kemampanan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian PSEA ke-11 di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menggalakkan lebih ramai penyertaan dari pelbagai industri menyertai PSEA pada tahun hadapan selaras dengan keinginan Kerajaan Sarawak untuk melestarikan alam sekitar.

“Saya teruja untuk melihat penyertaan yang lebih hebat dalam edisi PSEA yang akan datang,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan