Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai mesyuarat dengan Mubadala Investment Company di Dubai, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari ketuai mesyuarat bersama Mubadala Investment Company

ByDaryll

DUBAI, 6 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengetuai satu mesyuarat dengan Mubadala Investment Company di sini.

Mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan perkongsian strategik ke arah memperhebatkan pembabitan Sarawak terutamanya dalam aspek huluan, pertengahan dan hiliran sektor industri minyak dan gas.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi pemeriksaan menyeluruh ke atas pelarasan yang sepadan terhadap projek karbon di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, yang menekankan komitmen Sarawak terhadap kelestarian.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif UAE Investment Platform yang juga Ahli Jawatankuasa Pelaburan Mubadala Investment Dr Bakheet Al Katheeri, Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Investment Shiekh Mansoor Al Hamed dan duta UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri.

Delegasi Kerajaan Sarawak yang turut disertai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki itu menandakan usaha kolaboratif ke arah memupuk hubungan yang berkekalan dan memberi impak dalam sektor tenaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan