Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang memantau keadaan jalan utama dan kawasan sekolah SK Nanga Merit yang dinaiki air petang ini. Foto: APM Limbang

SK Nanga Merit Medamit ditutup hari ini, jalan utama dinaiki air

LIMBANG, 5 Dis: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Merit dekat Medamit di sini, ditutup hari ini susulan jalan utama menuju kawasan sekolah dinaiki air setinggi 0.6 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Nanga Merit, kawasan berkenaan dinaiki air bermula jam 11 malam tadi dan beransur surut petang ini.

“Selain jalan utama, kawasan sekolah juga dinaiki air lebih kurang setinggi lebih 0.3 meter, dan sekolah tidak beroperasi hari ini,” katanya dalam kenyataan media petang ini.

Jelas Mirwan, sepasukan anggotanya membuat pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air jam 1 petang hari ini.

“Setakat ini keadaan kawasan yang dipantau dalam keadaan selamat dan terkawal serta tiada pusat pemindahan banjir sementara dibuka,” ujarnya lagi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan