Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony Loke berkata kementeriannya sedang meneliti mekanisme penyaluran subsidi bagi mengurangkan harga tiket penerbangan semasa musim perayaan.

PARLIMEN: Kerajaan teliti mekanisme salurkan subsidi kurangkan harga tiket penerbangan musim perayaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi menyalurkan subsidi untuk memastikan harga tiket penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak serta Sabah tidak terlampau tinggi semasa perayaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah berkenaan merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan beban orang ramai yang ingin balik meraikan perayaan bersama keluarga.

“Kementerian amat memahami berkenaan harga tiket penerbangan. Kementerian sudah tentu ada beberapa perancangan untuk membantu mengurangkan tiket penerbangan semasa perayaan,” katanya pada sesi soal pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit tentang perancangan kerajaan menurunkan harga tiket penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak dan Sabah semasa musim perayaan.

Anthony Loke berkata lagi, inisiatif lain ialah menambahkan kekerapan penerbangan pada waktu malam.

Mengenai Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak dan Sabah, beliau berkata kerajaan Persekutuan akan terus memperuntukkan subsidi tahunan.

Menerusi Belanjawan 2024, RM209 juta diperuntukkan bagi menampung kos operasi dan sewa pajakan pesawat untuk perkhidmatan ini.

Menurutnya, meskipun setelah MASwings diambilalih Hornbill Skyways kelak, Kementerian Pengangkutan akan terus bertanggungjawab dalam menetapkan dasar obligasi RAS.

Kementerian Pengangkutan akan meneruskan pemberian subsidi bagi membolehkan RAS terus dapat dinikmati penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah.

“Komitmen ini telah dizahirkan melalui Belanjawan 2024 melalui program keenam di bawah agenda kedua, kemajuan Sabah dan Sarawak di mana kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi RAS,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan