Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas berusia 90 tahun antara 23 lelaki yang ditahan ketika leka berjudi di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas semalam. Foto, IPD Barat Daya.

Datuk 90 tahun ditahan leka berjudi

BALIK PULAU, 5 Dis: Seorang lelaki warga emas berusia 90 tahun antara 23 individu yang ditahan polis ketika sedang leka berjudi di bawah khemah di Jalan Sunga Ara, Bayan Lepas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan lelaki berusia 33 hingga 90 tahun ketika sedang melakukan kegiatan tersebut di kawasan lapang.

“Siasatan awal dan maklumat risikan mendapati, aktiviti judi berkenaan baharu beroperasi selama kira-kira empat hari.

“Polis turut merampas beberapa barangan seperti mangkuk tembikar kecil, dadu, cip, kerusi plastik, kalkulator, meja dan alat penggera masa yang kesemuanya bernilai RM26,112,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – TVS

Tags: ditahan, judi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan