Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menunjukkan rekod pelaksanaan program KAPS pada sidang media isu pembuangan bayi di Kuching, hari ini.

Pelaksanaan KAPS diperluas ke kampung, rumah panjang mulai tahun depan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Dis: Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) melibatkan komuniti akan diperluas ke kawasan kampung dan rumah panjang pada tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perluasan program tersebut juga menyasarkan pelajar sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

“Menyedari terdapat ibu muda atau remaja hamil dengan mereka tidak lagi bersekolah sebelum mengandung, jadi kita memperluaskan program tersebut.

“Ia bukan hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah, malah turut diperluaskan kepada komuniti, maknanya ia akan melibatkan mereka yang tidak bersekolah tetapi berada dalam komuniti,” katanya pada sidang media berkaitan isu pembuangan bayi di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, sejak 2016 sehingga kini, sebanyak 66 siri program KAPS telah dianjurkan dengan menyaksikan penyertaan seramai 12,695 peserta.

Terdapat satu siri program yang dianjurkan pada 2016 dengan 361 peserta, diikuti sembilan program pada 2017 (2,314), 2018 sebanyak 22 program (4,349), 2019 dengan 30 program (4,722) dan 2020 dengan satu program (300).

Pada 2021, program KAPS ditangguhkan bermula Mac 2020 hingga Jun 2022 susulan pandemik COVID-19 dan ia diteruskan pada 2022 dengan satu program melibatkan penyertaan 350 peserta serta dua program pada 2023 dengan 299 peserta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan