Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow. Foto: TVS

Orang ramai boleh mula tebus kredit eMADANI hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunaiĀ  eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Feb 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam hantaran di laman Facebook menyebut orang ramai boleh menyemak kelayakan di portal rasmiĀ https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI.

Menurut MOF, orang ramai boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow.

Menurut soalan lazim (FAQ) disediakan di laman web MoF, kredit e-tunai yang dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ā€˜n Go eWallet.

Berdasarkan FAQ itu, syarat kelayakan bagi program berkenaan adalah pemohon mesti warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas pada tahun ini.

Selain itu, pemohon juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 Nov atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai.

Langkah verifikasi identiti secara elektronikĀ Know-Your-CustomerĀ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan juga perlu dipenuhi sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Setelah pemohonan diterima dan kredit e-tunai dimasukkan, penerima perlu membelanjakannya sebelum 11.59 malam, 29 Feb 2024 dan selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet penerima.

Melalui program yang bertujuan meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai serta meringankan beban kewangan rakyat itu, penerima turut berpeluang menikmati pelbagai insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun, mata ganjaran danĀ coinsĀ daripada penyedia e-dompet pilihan.

Sementara itu, semakan di laman web dan aplikasi penyedia e-dompet mendapati antara insentif disediakan termasuk 1,000 mata GoRewards serta baucar bernilai lebih RM500 bagi pelbagai barangan runcit, makanan dan minuman, pembayaran bil dan pengangkutan oleh Touch ‘n Go eWallet.

Selain itu, Setel menyediakan pulangan tunai sehingga RM80, e-baucar pelbagai jenama dan mata Mesra untuk transaksi terpilih manakala ShopeePay pula menyediakan baucar sehingga RM600 bagi pembelian, ShopeeFood, SPayLater dan insurans kereta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan