Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis melakukan siasatan di lokasi kejadian penemuan mayat bayi perempuan di pesisir Pantai Queensbay semalam. Foto: TVS

Mayat bayi perempuan ditemukan di pesisir pantai

GEORGE TOWN, 4 Dis: Pengunjung Pantai Queensbay di sini gempar apabila menemui mayat seorang bayi perempuan di atas batu di pesisir pantai itu semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat tersebut ditemui orang awam kira-kira jam 5.55 petang sebelum menghubungi polis.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat tanpa berpakaian itu disyaki dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai.

“Mayat yang masih sempurna itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk urusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Kamarul Rizal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menyalurkan maklumat dengan tampil ke balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan