Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Majlis Penasihat UNIFOR akan dibentuk bagi membincangkan isu termasuk kontroversi agar ia dapat diselesaikan dengan baik. Foto: TVS

Majlis Penasihat UNIFOR akan dibentuk, forum perbincangan demi pelihara keharmonian

KUCHING, 4 Dis: Majlis Penasihat Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan dibentuk bagi membincangkan isu termasuk kontroversi agar ia dapat diselesaikan dengan baik.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mesyuarat mengenai penubuhannya akan diadakan pada 7 Disember ini.

“Ini (penubuhan majlis penasihat) sudah lama tertangguh. UNIFOR memerlukan majlis ini untuk memberi nasihat mengenai perkara-perkara penting membabitkan negeri ini,” katanya berucap pada Majlis Perasmian House of Epiphany di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, majlis yang bersifat perundingan ini akan terdiri daripada pemimpin kanan agama dan menghasilkan garis panduan untuk menangani isu dengan bijak.

Menurutnya, bimbingan antara satu sama lain wajar ada terutama pada zaman perkembangan teknologi yang kian pesat termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Kita perlu memelihara keharmonian, perpaduan dan persefahaman kaum dan agama di Sarawak,” katanya.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan