Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor (dua kanan) menerima cenderamata di Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Zon Lingga bagi tahun 2023/2024 di Sri Aman hari ini. Foto: TVS

Majlis Guru Besar Zon Lingga terima peruntukan RM20,000 bagi laksana aktiviti

SRI AMAN, 4 Dis: Majlis Guru Besar Zon Lingga akan menerima peruntukan sebanyak RM20,000 pada tahun hadapan bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, dana tersebut akan membantu sekolah-sekolah di zon Lingga menjadi salah satu zon aktif dalam kegiatan akademik dan ko-kurikulum.

“Mereka mahu mengangkat zon Lingga sebagai salah satu sekolah zon aktif dalam sukan bukan hanya dalam akademik tetapi dalam semua acara seperti seni kebudayaan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Zon Lingga bagi tahun 2023/2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan acara Regatta Lingga yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan menjanjikan persaingan sengit dengan kehadiran pasukan dari Brunei Darussalam  dan pasukan penyandang Raja Sungai Sarawak.

“Jadi sama-sama kita memeriahkan Regatta Lingga dan melihat keupayaan penduduk tempatan bersaing dengan peserta dari luar, saya juga dimaklumkan Raja Sungai Sarawak turut menyertai regatta ini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan