Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri menerima cenderamata hasil karya Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, selepas melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kasih Kanak-Kanak di SMK Bandar Samariang hari ini. Foto: TVS

Hubungi institusi KPWKM bantu tangani kes-kes sosial -Nancy

KUCHING, 4 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) lebih mengambil pendekatan menggalakkan orang awam berhubung dengan agensi-agensinya jika terdapat kes-kes seperti kelahiran luar nikah atau kes pembuangan bayi.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pendekatan itu lebih bersesuaian dalam menangani kes-kes tersebut memandangkan semua intitusi di bawah kementerian itu sentiasa bersedia untuk membantu.

Katanya, penubuhan ‘Baby Hatch’ sebelum ini telahpun dilaksanakan, namun ia tidak begitu dipopularkan kerana dikhuatiri berupaya menggalakkan perbuatan meninggal bayi yang dilahirkan.

“Ini kerana kita masih perlu membawa bayi berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.Kita juga perlu membawa perkara itu ke mahkamah bagi menentukan bayi berkenaan tinggal dengan kita atau sebaliknya kerana beberapa siasatan berkaitan akan berlaku bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab.

“Jadi sebab itu kita menggalakkan supaya orang awam berhubung dengan kita, masyarakat berhubung dengan kementerian kita melalui talian 15999,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kasih Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang di sini, hari ini.

Katanya, nombor talian kasih 15999 itu dibuka 24 jam bagi tujuan membantu memberikan bimbingan serta penyaluran maklumat untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang memerlukan.

Jelasnya, walaupun ‘Baby Hatch’ sudah ditubuhkan sebelum ini namun terdapat pandangan yang menyuarakan adalah lebih baik bayi-bayi berkenaan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Justeru, KPWKM jelasnya, kini menfokuskan kepada usaha untuk mendidik dan memberikan maklumat kepada masyarakat mengenai nombor yang boleh dihubungi jika terdapat kes-kes berkaitan pembuangan bayi atau kes-kes sosial lain yang memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya JKM atau KPWKM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan