Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Bandar Raya, Kuching pada kira-kira 5 petang ini.

Bekas Menteri Pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

ByBernama

KUCHING, 4 Dis: Bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.

Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar kepada Bernama.

“Jenazah akan dibawa ke Kuching untuk disolatkan di Masjid Bandar Raya Kuching sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira 5 petang ini, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi.

Abang Abu Bakar, 82, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha serta seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.

Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam politik antaranya pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sarawak selama dua dekad bagi kawasan Paloh iaitu dari 1981 hingga 1990 dan Kuala Rajang (1990 hingga 2000).

Abang Abu Bakar juga menabur bakti sebagai menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum dilantik menerajui Kementerian Pertahanan hingga 2003. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan