Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pemain pasukan Selangor FC meraikan jaringan gol. Foto fail Bernama.

Selangor tempah slot ke Piala AFC musim depan

ByBernama

ALOR SETAR, 3 Dis: Selangor FC dinobatkan naib juara Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Status naib juara Liga Super itu sekali gus melayakkan anak buah Tan Cheng Ho untuk beraksi pada Piala AFC musim depan.

Kemenangan tipis itu membolehkan The Red Giants menghuni tangga kedua dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir liga menentang PDRM FC pada 17 Disember ini.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing, namun tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama permainan.

Bersambung babak kedua, corak permainan Kedah dilihat serba tidak menjadi manakala Selangor lebih menguasai permainan dengan melakukan beberapa hantar pendek dan berbahaya ke kubu Kedah.

Hasilnya, The Red Giants berjaya mendapat gol yang dicari menerusi pemain Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-64.

Gol tersebut terhasil menerusi kuisan cantik bola lintang daripada Brendan Gan yang disambar Ayron Del dan menewaskan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al Hafiz.

Tersentak jaringan itu, pasukan tuan rumah yang dibimbing Nafuzi Zain kembali mengatur serangan, namun keampuhan pertahanan Selangor berjaya mematahkan serangan Kedah.

Selangor berjaya mempertahankan satu jaringan yang dimiliki hingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan tempat untuk beraksi di Piala AFC musim depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan