Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyampaikan medal kepada pemenang pada Majlis Penutupan Karnival Sarawak Civil Service (SCS) JPS RANDI Edisi Keempat Tahun 2023 di Sri Aman hari ini. Foto: TVS

Pembinaan pejabat dan kuarters kerajaan baharu di luar bandar dimulakan tahun hadapan

SRI AMAN, 3 Dis: Pembinaan pejabat dan kuarters kerajaan yang baharu di kawasan luar bandar akan dimulakan pada tahun depan dapat menyediakan fasiliti yang selesa kepada penjawat awam.

Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan fasiliti tersebut.

Jelasnya, kepimpinan kerajaan negeri sangat memahami keperluan penjawat awam di kawasan luar bandar yang berdepan dengan masalah kekurangan fasiliti.

“Kuarters yang akan dibina ini nanti bercirikan apartmen, kita yakin fasiliti ini kelak akan memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk membawa ahli keluarga tinggal bersama sepanjang perkhidmatan mereka di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sarawak Civil Service (SCS) JPS RANDI Edisi Keempat Tahun 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pengambilan penjawat awam pada masa akan datang perlu menitikberatkan aspek lain seperti kebolehan bersukan dan sosial kerana ia boleh mempengaruhi disiplin serta budaya kerja, sekali gus membawa impak positif kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam.

“Kita tidak mahu pengambilan penjawat awam hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, kebolehan dalam bersukan serta sosial perlu dititikberatkan agar tiada penjawat awam yang langsung tidak pandai bersukan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan