KUCHING, 3 Dis: Skuad bola sepak PDRM menjuarai MFL Challenge Cup 2023 selepas menewaskan Kuching City FC dengan agregat 4-1 dalam perlawanan timbal balik kedua yang berlangsung di Stadium Negeri, Petrajaya, di sini, malam ini.
Dałam perlawanan pada malam ini kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.
Kuching City FC berjaya mendahului pasukan pelawat melalui jaringan Petrus Shitembi pada minit ke-32 di babak pertama perlawanan.
Bagaimanapun, Kuching City FC yang mendominasi perlawanan gagal menyempurnakan peluang yang ada untuk menambah jaringan.
PDRM berjaya menyamakan kedudukan di babak kedua melalui gerakan serangan balas yang disempurnakan bekas penyerang Sarawak United, Uche Agba. -TVS