Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap semasa Majlis Penutupan Karnival Sarawak Civil Service (SCS) JPS RANDI Edisi Keempat tahun 2023 di Sri Aman pada Ahad. Foto: TVS

Karnival sukan platform rapatkan silaturrahim penjawat awam di Sarawak

SRI AMAN, 3 Dis: Penganjuran karnival berbentuk sukan menjadi platform penting merapatkan silaturrahim dalam kalangan penjawat awam Sarawak.

Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, melalui aktiviti sukan dalam karnival Sarawak Civil Service (SCS) semua yang terlibat akan dapat mengenali antara satu sama lain dalam membentuk satu keluarga SCS yang kukuh.

Jelasnya, tanpa mengira di mana tempat seseorang itu berkerja beliau mahu semua penjawat awam di Sarawak dapat menjadi satu pasukan yang mampu bekerjasama membawa kemajuan kepada Bumi Kenyalang.

“Kita sedia maklum sukan adalah satu medan yang cukup baik untuk merapatkan hubungan bersama orang yang dikenali atau tidak.

“Jadi gunakanlah sukan ini sebagai satu wadah untuk kita membentuk satu keluarga SCS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Karnival Sarawak Civil Service (SCS) JPS RANDI Edisi Keempat Tahun 2023 di sini, hari ini.

Katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa mempunyai idea pembangunan yang baharu perlu diseimbangkan dengan sokongan setiap penjawat awam.

“Ia penting bagi semua pihak untuk seiring sejalan dalam membangunkan negeri Sarawak khususnya menjadi wilayah maju menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan