Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batu bersaiz besar menimbus Kampung Simangulampe di wilayah Baktiraja, Humbang Hasundutan, Sumatera Utara yang menyebabkan seorang penduduk maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang. Foto: BNPB

Banjir kilat landa Sumatera Utara, seorang maut, 11 masih hilang

JAKARTA, 3 Dis: Banjir kilat melanda Kampung Simangulampe di wilayah Baktiraja, Humbang Hasundutan, Sumatera Utara yang menyebabkan seorang penduduk maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas hujan berintensiti tinggi turun di kawasan itu sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Menurut Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Abdul Muhari, banjir kilat turut membawa batu di kawasan itu sehingga runtuh, menimbus sebuah kampung dan memusnahkan 12 rumah penduduk di situ.

“Ini kemudian mencetuskan banjir kilat yang membawa batu besar dan serpihan pokok beserta air banjir bercampur lumpur sehingga menimbus semua rumah penduduk sebuah kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, sekurang-kurangnya 50 keluarga juga terpaksa dipindahkan ke tempat pemindahan sementara akibat bencana itu.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh agensi terbabit termasuk polis dan tentera bagi mengesan kesemua mangsa yang hilang.

Jentera berat jengkaut turut dikerahkan untuk memindah batu bersaiz besar yang menimbus kampung itu.

Bagaimanapun, orang ramai diminta bersedia selepas Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) kembali mengeluarkan amaran cuaca dengan hujan berintensiti tinggi masih berpotensi berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan