Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi Photo, TVS.

Semua ‘distribution pipe’ di seluruh Sarawak ditukar tahun 2024 – Julaihi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Dis: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi projek menukar serta menambah baik semua paip agihan (distribution pipe) yang sudah uzur namun ia masih digunakan dalam sistem bekalan air di seluruh Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek itu dijangka bermula pada tahun hadapan.

“Dengan adanya projek untuk menukar serta menambah baik kesemua paip yang kita masih gunakan dalam sistem bekalan air di Sarawak, ia akan dilakukan secara berfasa dan kita sasar untuk melakukan pada setiap tahun.

“Kita percaya kawasan bandar raya kuching dan sekitar akan menjadi keutamaan bagi tujuan projek tersebut pada tahun hadapan…ini usaha kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Penghargaan Pesara (Julai-Dis 2023) Lembaga Air Kuching di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang dan Pengurus Besar Lembaga Air Kuching Rodziah Binti Mohamad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan