Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Sarawak 2023 di Kapit hari ini. Foto, Nazirah Adlina (TVS).

Sarawak bakal wujudkan portfolio baharu perkasakan usahawan dalam ekonomi digital

ByNazirah Adlina

KAPIT, 2 Dis: Kerajaan Sarawak berhasrat mewujudkan satu portfolio baharu yang memfokuskan kepada pembangunan belia sebagai usaha memperkasakan usahawan negeri ini dalam ekonomi digital, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya percaya pihak kementerian akan menyediakan dan merangka program-program yang berimpak tinggi di Sarawak dengan menerapkan inovasi dan teknologi digital di kalangan usahawan belia Sarawak atau saya namakan Youth Technopreneur,” katanya.

Sarawak wujud portfolio baharu perkasa usahawan ekonomi digital | TVS

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di majlis pelancaran Hari Belia Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari pembangunan Youth Techpreneur bertujuan bagi melengkapkan belia dengan komponen teknologi yang merupakan perniagaan baharu masa kini.

Terdahulu, beliau mengulangi bahawa kerajaan juga bakal memperuntukkan sejumlah RM6.1 juta untuk melaksanakan program pembangunan belia di seluruh negeri.

Abang Johari memberitahu perkara tersebut telah diumumkan beliau dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini turut meliputi program sukan dan kebudayaan.

Beliau menjelaskan, ia juga merangkumi peruntukan bagi melaksanakan program pembangunan usahawan belia Sarawak.

“RM 2 juta telah diperuntukan untuk melaksanakan pelbagai program bagi membentuk usahawan belia di Sarawak, serta meningkatkan pendapatan anak-anak Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyatakan peruntukan tersebut juga merangkumi beberapa program holistik untuk golongan belia.

“Melalui RM8.1 juta berkenaan pelbagai program holistik akan dilaksanakan termasuk Persidangan Kesihatan Mental Belia Antarabangsa,Permainan e-Sukan Antarabangsa, Cabaran Sukan Ekstrem Negara, Hari Sukarelawan Belia Antarabangsa danSarawak, program Alam Sekitar Belia, Youth Entrepreneur Setup (YES) dan lain-lain,” ujarnya.

Untuk rekod Hari Belia Sarawak 2023 kali ini julung kali diadakan di Kapit.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri MYSED (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr. Ripin Lamat dan Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak(Undang-Undang Dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat serta Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan