SUNGAI PETANI, 2 Dis: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba menyamun pemandu e-hailing di Taman Keladi di sini, Isnin lalu bakal didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.
“Kita telah rujuk kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri dan arahan untuk dakwa remaja lelaki itu dibenarkan.
“Dia yang masih bersekolah akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas apabila cuba disamun seorang penumpang remaja di Taman Keladi pada 27 November lepas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, suspek dikatakan bertindak mengacukan pisau pada dada mangsa berusia 65 tahun sambil cuba merampas sejumlah wang kertas.
Suspek ditahan kira-kira pukul 10 malam pada hari sama, manakala polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 25 sentimeter.
Remaja itu dikatakan bertindak sedemikian apabila mendakwa pemandu tersebut telah memakinya selain dia cuba mengambil semula wang tambang. – TVS