Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato.

Remaja 13 tahun ditahan cabul 14 pelajar lelaki OKU

KEPALA BATAS, 2 Dis: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul 14 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengetua sekolah mengenai kejadian amang seksual fizikal terhadap mangsa lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun tersebut.

Ujarnya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di asrama lelaki sekolah terbabit.

“Mangsa merupakan OKU seperti masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

“Suspek yang juga OKU ditahan semalam sebaik polis menerima laporan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai diminta tidak menyembunyikan sebarang kejadian jenayah seksual terhadap kanak-kanak kerana ia menjadi kesalahan mengikut Seksyen 19 akta yang sama.

“Orang ramai diminta lebih peka dan prihatin dengan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kerana kejadian itu boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental yang berpanjangan jika tidak dibendung lebih awal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan