Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Seri Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan MRP kepada penerima di Bintangor malam ini. Foto: TVS

Projek tebatan banjir akhiri penantian penduduk luar bandar Bintangor

BINTANGOR, 2 Dis: Pelaksanaan lebih 20 projek tebatan banjir yang dilaksanakan kerajaan berjaya menyelesaikan masalah yang kerap menghantui penduduk di kawasan luar bandar daerah ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Seri Huang Tiong Sii berkata, projek yang di bawah selia Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) itu bukan sahaja melegakan penduduk tetapi juga memberi manfaat besar kepada golongan petani.

Sebahagian besar masalah itu katanya, berlaku di kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya adalah petani.

“Saya gembira sebahagian daripada projek itu telah siap dan ada yang masih dalam pelaksanaan,” katanya ketika menyampaikan sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) di Pusat Khidmat P.208 Sarikei Cawangan Meradong malam ini.

Sebanyak 32 pertubuhan menerima sumbangan daripada Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei.

Antaranya ialah Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor, Meradong Life Care Society, Persatuan Chiang Hsia Huang Meradong, Persatuan Foochow Meradong (Biro Wanita), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Perdana Nanga Selidap Meradong dan 27 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sehubungan itu, beliau berharap penerima geran menggunakan peruntukan yang disalurkan dengan penuh berhemah dan mengikut panduan yang ditetapkan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen P.208 Sarikei akan membahagikan peruntukan persekutuan secara rata untuk kedua-dua daerah iaitu Meradong dan Repok,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan