Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik menyaksikan nyalaan api obor sebagai simbolik perasmian Karnival SCS di Sri Aman. Foto, TVS.

Perpaduan penjawat awam, peranan utama Sarawak maju menjelang 2030

SRI AMAN, 2 Dis: Semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan penjawat awam menjadi peranan utama dalam usaha membangunkan Sarawak.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, meskipun berbeza agama dan bangsa namun perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dengan misi untuk menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2030.

Sehubungan itu, Buckland mahu seluruh penjawat awam di Sarawak berjalan senada bersama polisi pimpinan kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mendorong kemajuan dan pembangunan kepada negeri.

“Kita berbeza agama dan bangsa serta berasal dari kawasan berbeza namun ingat perpaduan kita itu selalu diperkuatkan kerana ia amat penting untuk kita meneruskan pembangunan di Sarawak.

“Kita semua sebagai penjawat awam dan anak Sarawak mesti memberi sokongan kepada pimpinan politik negeri dalam memastikan Sarawak mampu mencapai hasrat besar pada 2030 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Karnival Sarawak Civil Service (SCS) di Sri Aman pada Jumaat.

Tambahnya melalui penganjuran karnival SCS semua penjawat awam di Sarawak bersama Jabatan Premier Sarawak dapat mengenali antara satu sama lain.

Mengulas mengenai program, Buckland juga menyeru kepada para penjawat awam untuk saling memahami selain mengeratkan lagi perpaduan antara sesama.

“Salah satu objektif karnival ini adalah berkerja dalam kumpulan supaya kita dapat mengenali satu sama lain, saling memahami dan kita bina satu pasukan SCS yang kuat serta kukuh di negeri Sarawak,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan