Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC diwakili ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak dan pemain, Petrus Shitembi manakala bagi pasukan PDRM FC diwakili ketua jurulatih, Dato' Ahmad Yunus Alif dan ketua pasukan, Amir Saiful Badeli mengangkat Piala MFL Challenge Cup selepas sidang media di Stadium Negeri hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Masih ada 90 minit untuk Kuching City FC lebur agregat PDRM FC – Aidil

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Dis: Pasukan Kuching City FC optimis akan memanfaatkan baki 90 minit bagi saingan akhir pusingan kedua Piala MFL Challenge Cup di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad, kata Aidil Sharin Sahak.

Ketua Jurulatih Kuching City FC itu tidak melihat kelebihan agregat tiga gol yang dimiliki pasukan PDRM FC sebagai satu isu, sebaliknya mengambil ia sebagai satu cabaran yang akan dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak buahnya.

Kuching City manfaatkan 90 minit di laman sendiri | TVS

“Semuanya boleh berubah dan saya selalu percaya dalam bola sepak semuanya bergantung kepada kerja keras sesebuah pasukan sekiranya anda memberikan yang terbaik dan tentunya juga kita memerlukan tuah juga.

“Saya selalu menjadikan motivasi sekiranya Kuching boleh mengalahkan pasukan Kedah 3-0 di Alor Setar, kenapa tidak untuk aksi di laman sendiri.. jadi ini salah satu motivasi terbaik untuk pemain-pemain saya untuk bangkit,” kata Aidil pada sidang media Pra-Perlawanan Akhir MFL 2 Challenge Cup 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu Aidil turut menyeru sokongan daripada peminat-peminat bola sepak Sarawak untuk turun ke stadium bagi memberi sokongan kepada pemain- pemain Kuching City FC pada aksi akhir itu nanti.

“Bola sepak tidak bermakna tanpa penyokong..saya percaya penyokong akan memberi dorongan dan semangat kepada pemain-pemain lebih-lebih lagi ketika pemain keletihan, tapi apabila pemain mendengar sorakan penyokong-penyokong mereka akan bangkit bersemangat,” ujarnya lagi.

Pada 29 November lepas, Skuad Sang Saka Biru kendalian Datuk Ahmad Yunus Mohd Alif, menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan melakar kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC dalam perlawanan pertama.

Perlawanan akhir kedua itu akan berlangsung 3 Disember 2023 pada jam 8.15 malam di Stadium Negeri, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan