Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman berucap pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Makan Tahun Perdana 2023 Persatuan Kedayan Limbang (PKL) di Dewan Kampung Pabahanan malam tadi. Foto, TVS.

Lebih 3 juta pelancong ke Sarawak, terutama dari Brunei Darussalam

LIMBANG, 2 Dis: Sarawak menerima lebih 3 juta pelancong setakat Oktober tahun ini merangkumi kebanyakan merupakan dari negara jiran Brunei Darussalam.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata perkara itu pernah disahkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Malahan kata Dr Abdul Rahman, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah turut mendedahkan kedatangan jumlah pelancong itu turut mencatatkan perbelanjaan sekitar RM8 bilion.

Justeru itu, katanya MCTP terus mensasarkan untuk menarik kedatangan 4 juta pelancong dan jumlah perbelanjaan sekitar RM9 bilion pada tahun hadapan.

“Datuk Seri Abdul Karim memberitahu pada tahun 2023 jumlah pelancong yang datang Sarawak hingga Oktober adalah lebih 3 juta orang, lebih kurang seperti penduduk Sarawak yang berjumlah 2.8 juta orang.

“Kedatangan pelancongan ini turut mencatatkan hasil perbelanjaan lebih kurang RM8 bilion di belanjakan di Sarawak dan pada tahun hadapan dijangka kedatangan pelancong dalam lingkungan 4 juta lebih tambahan.

“Jumlah perbelanjaan yang disasarkan sebanyak RM9.7 bilion dan kebanyakan yang datang itu adalah jiran kita dari Brunei Darussalam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Makan Tahun Perdana 2023 Persatuan Kedayan Limbang (PKL) di Dewan Kampung Pabahanan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar Jawatankuasa Perayaan-Perayaan Utama Bahagian Limbang untuk mengadakan pelbagai program pelancongan dalam menarik pengunjung di daerah ini.

Pada masa sama, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan dana dan peruntukan daripada pihak MTCP bagi menganjurkan program utama yang diadakan di Limbang.

Beliau mahu Pejabat Residen dan Daerah Limbang agar menyenaraikan beberapa program-program bertujuan menarik pelancong ke Limbang dan Sarawak amnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan