Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang merakam gambar kenangan bersama penduduk Kampung Sungai Turong yang menyertai pelbagai aktiviti dalam Program Desa Cerdas. Foto: TVS

KKDW peruntuk dana RM5,000 kepada JKKK berdaftar jalankan aktiviti tahun hadapan

SERIAN, 2 Dis: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperuntukkan dana sejumlah RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berdaftar di setiap negeri bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, peruntukan tersebut adalah dari Belanjawan Negara 2024 bertujuan bagi mengaktifkan semula JKKK berdaftar.

Menurutnya, pada awalnya peruntukan yang dipinta adalah sebanyak RM10,000 bagi setiap JKKK yang berdaftar namun hanya RM5,000 sahaja yang diberikan kelulusan.

“Tahun depan Insya-Allah setiap JKKK akan diberikan dana peruntukan RM5,000 bagi memastikan program-program dan aktiviti di kampung (dapat) dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Syaratnya JKKK di kampung anda mesti berdaftar dengan KKDW dan mendapat laporan yang baik dari Pejabat Daerah, dengan erti kata lain, JKKK mesti aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Program Desa Cerdas di Dewan Kampung Sungai Turong petang tadi.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, Kerajaan Perpaduan menerusi KKDW komited dalam memastikan pembangunan masyarakat di luar bandar

“Ini dibuktikan dengan kelulusan peruntukan Ekonomi Madani sebanyak RM1 bilion untuk seluruh negara pada tahun hadapan.

“Peruntukan ini akan diberikan kepada kampung (melalui) JKKK khususnya yang akan menguruskan sistem ekonomi yang terbaik untuk penduduk kampung. Anda (penduduk kampung) boleh memilih apa program ekonomi yang boleh membantu penduduk di kampung,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan